POLISI TEMPAHAN & SYARAT PERNIAGAAN

SR CREATIVE PRINT (TR0281501-M)

Kuat Kuasa: 1 Januari 2025
Dikemaskini: 11 Ogos 2026

Dokumen ini menetapkan terma dan syarat bagi tempahan antara SR Creative Print (“Syarikat”) dan pelanggan yang membuat atau mengesahkan tempahan (“Pelanggan”).

Polisi ini hendaklah dibaca bersama quotation, invois, order form, spesifikasi produk, artwork approval dan komunikasi rasmi berkaitan sesuatu tempahan.

Dengan membuat tempahan, memberikan arahan untuk meneruskan kerja, membuat pembayaran, meminta kerja reka bentuk dimulakan atau memberikan kelulusan akhir, Pelanggan mengakui transaksi dan arahan yang diberikan kepada Syarikat, tertakluk kepada undang-undang Malaysia.


1. AKSES POLISI & KOMUNIKASI RASMI

1.1

Polisi ini boleh diberikan atau diakses melalui:

  • WhatsApp rasmi;

  • WhatsApp Group Tempahan;

  • invois;

  • quotation;

  • order form;

  • laman web; atau

  • pautan rasmi yang diberikan oleh Syarikat.

1.2

Pelanggan digalakkan membaca polisi sebelum memberikan arahan CONFIRM / PROCEED atau membuat pembayaran.

1.3

Komunikasi berkaitan tempahan hendaklah dibuat melalui saluran rasmi yang ditetapkan Syarikat.

1.4

Arahan, approval, perubahan dan keputusan melalui saluran rasmi boleh direkodkan sebagai sebahagian daripada rekod transaksi.


BAHAGIAN A — TEMPAHAN, DEPOSIT & BAYARAN

2. PENGESAHAN TEMPAHAN

2.1

Tempahan boleh disahkan melalui pembayaran deposit atau arahan bertulis pelanggan yang secara jelas meminta Syarikat meneruskan sesuatu kerja.

2.2

Arahan seperti:

CONFIRM / PROCEED / TERUSKAN / BOLEH BUAT / OK BUAT

atau arahan lain yang membawa maksud setara boleh dijadikan bukti arahan pelanggan untuk meneruskan kerja.

2.3

Deposit standard ialah 70% daripada jumlah tempahan, kecuali kadar lain dinyatakan dalam quotation, invois atau persetujuan bertulis.

2.4

Baki 30% hendaklah dijelaskan sebelum produksi/cetakan, kecuali Syarikat memberikan kebenaran bertulis sebaliknya.

2.5

Syarikat berhak menangguhkan design, produksi, penghantaran atau penyerahan fail sekiranya pembayaran yang diperlukan belum diterima.


3. KERJA SEBELUM DEPOSIT

3.1

Secara standard, kerja reka bentuk hanya dimulakan selepas deposit yang ditetapkan diterima.

3.2

Walau bagaimanapun, Syarikat boleh atas budi bicara sendiri membenarkan kerja dimulakan sebelum deposit diterima.

3.3

Jika Pelanggan telah memberikan arahan PROCEED atau arahan setara dan Syarikat telah memulakan kerja berdasarkan arahan tersebut, kerja tersebut bukan kerja percuma hanya kerana deposit belum diterima.

3.4

Pelanggan bertanggungjawab terhadap caj reka bentuk atau nilai kerja yang telah dilakukan berdasarkan:

  • kadar yang telah dimaklumkan;

  • quotation;

  • invois;

  • jenis design;

  • skop kerja; atau

  • kadar munasabah bagi kerja yang telah diarahkan dan dilaksanakan.

3.5

Kegagalan Pelanggan meneruskan tempahan selepas kerja dimulakan tidak dengan sendirinya menghapuskan caj terhadap kerja yang telah dilakukan.


4. AKAUN BAYARAN RASMI

4.1

Akaun rasmi SR Creative Print:

SR CREATIVE PRINT
Public Bank: 3821665625

serta mana-mana akaun lain yang dimaklumkan secara rasmi oleh Syarikat.

4.2

Pelanggan hendaklah memastikan pembayaran dibuat kepada akaun yang diberikan melalui saluran rasmi Syarikat.

4.3

Dokumen yang menggunakan nama atau identiti SR Creative Print tetapi mengarahkan pembayaran kepada akaun yang tidak dibenarkan oleh Syarikat tidak dianggap sebagai arahan pembayaran rasmi SR Creative Print.

4.4

Ejen atau pihak ketiga tidak dibenarkan menggunakan nama, logo, invois atau identiti SR Creative Print tanpa kebenaran yang sewajarnya.

4.5

Syarikat berhak mengambil tindakan yang tersedia di bawah undang-undang terhadap pemalsuan, penyamaran atau penyalahgunaan identiti Syarikat.


BAHAGIAN B — DESIGN, REVISION & FINAL APPROVAL

5. PROSES REKA BENTUK

5.1

Reka bentuk disediakan berdasarkan maklumat, bahan dan arahan yang diberikan oleh Pelanggan.

5.2

Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan kepada Syarikat adalah tepat.

5.3

Kerja reka bentuk termasuk, apabila berkaitan:

  • layout;

  • typesetting;

  • penyusunan gambar;

  • artwork;

  • customisation;

  • pembetulan;

  • revision; dan

  • penyediaan production artwork.

5.4

Kerja design mempunyai nilai perkhidmatan tersendiri dan tidak semestinya menjadi percuma hanya kerana Pelanggan tidak meneruskan proses printing.


6. REKAAN KHAS

6.1

Ready-Made Design hanya termasuk perubahan yang berada dalam skop yang ditetapkan.

6.2

Perubahan besar kepada konsep atau reka bentuk boleh dikategorikan sebagai Custom Design.

6.3

Kadar asas Custom Design:

Kad: RM80
Pakej: RM150 dan ke atas

atau mengikut kadar yang dinyatakan dalam quotation/invois.


7. REVISION & PERUBAHAN SKOP

7.1

Jumlah revision yang termasuk dalam harga adalah mengikut pakej, quotation atau maklumat yang diberikan semasa tempahan.

7.2

Revision tambahan boleh dikenakan caj tambahan.

7.3

Permintaan yang mengubah secara material:

  • konsep;

  • tema;

  • saiz;

  • produk;

  • kandungan;

  • gambar;

  • layout;

  • kuantiti; atau

  • skop asal

boleh dianggap sebagai Change of Scope.

7.4

Change of Scope boleh menyebabkan:

  • caj tambahan;

  • quotation baharu;

  • perubahan ETA; atau

  • kerja reka bentuk baharu.

7.5

Syarikat berhak memaklumkan caj tambahan sebelum kerja tambahan tersebut diteruskan.


8. FINAL ARTWORK APPROVAL

8.1

Sebelum cetakan, Pelanggan wajib menyemak artwork dengan teliti.

8.2

Semakan termasuk, apabila berkaitan:

  • nama;

  • ejaan;

  • tarikh;

  • masa;

  • nombor telefon;

  • alamat;

  • gambar;

  • logo;

  • QR code;

  • kuantiti;

  • saiz;

  • susunan;

  • dan kandungan lain yang boleh diperiksa melalui proof.

8.3

Apabila Pelanggan memberikan FINAL APPROVAL / APPROVED / CONFIRM PRINT atau arahan setara, Pelanggan mengesahkan bahawa artwork telah diperiksa dan diluluskan untuk diteruskan ke produksi.

8.4

Selepas Final Approval, perubahan lanjut boleh dikenakan caj tambahan dan menyebabkan ETA berubah.

8.5

Final Approval tidak mengecualikan tanggungjawab Syarikat terhadap kesalahan produksi yang berpunca daripada proses Syarikat sendiri.


BAHAGIAN C — PEMBATALAN, KELEWATAN & ABANDONED ORDER

9. PEMBATALAN

9.1

Pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis.

9.2

Pembatalan tidak secara automatik menghapuskan caj bagi kerja yang telah dilakukan atau kos yang telah ditanggung atas arahan Pelanggan.

9.3

Jika design telah dimulakan, caj design/kerja yang telah dilakukan boleh dikenakan.

9.4

Jika design telah siap, caj design yang berkaitan tetap boleh menjadi perlu dibayar walaupun Pelanggan tidak meneruskan printing.

9.5

Jika produksi telah bermula, Syarikat boleh mengambil kira:

  • kerja yang telah dilakukan;

  • bahan yang telah digunakan;

  • bahan khas yang telah ditempah;

  • kos outsourcing;

  • finishing;

  • dan kos munasabah lain yang telah dilakukan khusus untuk tempahan tersebut.

9.6

Sekiranya terdapat lebihan bayaran selepas mengambil kira hak Pelanggan dan kos/kerja yang sah, penyelesaian akan dibuat mengikut keadaan transaksi dan undang-undang yang terpakai.


10. KELEWATAN PELANGGAN

10.1

ETA bergantung kepada Pelanggan memberikan perkara yang diperlukan dalam masa yang munasabah, termasuk:

  • maklumat;

  • artwork;

  • gambar;

  • approval;

  • revision;

  • pembayaran; dan

  • keputusan berkaitan tempahan.

10.2

Kelewatan Pelanggan boleh menyebabkan ETA asal terbatal atau dijadualkan semula.

10.3

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan yang secara langsung berpunca daripada kegagalan Pelanggan memberikan perkara yang diperlukan untuk meneruskan kerja.


11. ORDER TIDAK AKTIF / ABANDONED

11.1

Jika Pelanggan tidak memberikan respons, approval atau pembayaran yang diperlukan selepas peringatan munasabah, Syarikat boleh meletakkan tempahan sebagai:

ON HOLD / INACTIVE / ABANDONED.

11.2

Status tersebut tidak secara automatik menghapuskan caj bagi kerja yang telah dilakukan atau kos yang telah ditanggung.

11.3

Jika Pelanggan mahu mengaktifkan semula order selepas tempoh yang panjang, Syarikat boleh menetapkan ETA baharu dan menilai semula harga jika kos atau skop telah berubah.


BAHAGIAN D — PRODUKSI, KUALITI & TOLERANSI

12. PRODUKSI

12.1

Produksi hanya dimulakan selepas syarat pembayaran, artwork dan approval yang diperlukan dipenuhi, kecuali Syarikat membenarkan sebaliknya.

12.2

ETA produksi adalah berdasarkan kapasiti, jenis produk, finishing, bahan dan keadaan operasi semasa.


13. WARNA & OUTPUT CETAKAN

13.1

Paparan skrin menggunakan teknologi dan profil warna yang berbeza daripada proses cetakan.

13.2

Warna RGB pada telefon, tablet atau monitor tidak semestinya sama sepenuhnya dengan hasil cetakan CMYK atau proses produksi lain.

13.3

Perbezaan munasabah boleh berlaku disebabkan:

  • bahan;

  • batch material;

  • mesin;

  • tinta/toner;

  • pencahayaan;

  • finishing; atau

  • proses pengeluaran.

13.4

Toleransi teknikal bergantung kepada jenis produk dan proses pengeluaran dan tidak menggunakan satu ukuran universal bagi semua produk.


14. EXPRESS ORDER

14.1

Express Order tertakluk kepada kapasiti pengeluaran Syarikat.

14.2

Syarat Express boleh termasuk:

  • READY TO PRINT FILE;

  • pembayaran penuh;

  • tiada design/edit;

  • pematuhan cut-off time; dan

  • syarat produk tertentu.

14.3

Tempoh Express hanya mula dikira selepas semua keperluan yang ditetapkan lengkap.

14.4

Order selepas cut-off boleh dikira daripada hari bekerja berikutnya.

14.5

Kelewatan yang berpunca daripada file, approval atau pembayaran Pelanggan boleh menyebabkan kelayakan Express terbatal.


BAHAGIAN E — DEFECT, ADUAN & PENYELESAIAN

15. ADUAN PRODUK

15.1

Pelanggan diminta memaklumkan masalah kepada Syarikat secepat mungkin selepas menerimanya.

15.2

Sebagai prosedur operasi, aduan hendaklah dibuat dalam 3 hari bekerja, apabila munasabah berdasarkan jenis masalah.

15.3

Syarikat boleh meminta:

  • gambar;

  • video;

  • produk fizikal;

  • packaging;

  • nombor order; atau

  • bukti lain

untuk tujuan pemeriksaan.


16. RIGHT TO INVESTIGATE & REMEDY

16.1

Syarikat berhak diberikan peluang munasabah untuk menyiasat sesuatu aduan sebelum keputusan mengenai punca dan penyelesaian dibuat.

16.2

Selepas pemeriksaan, Syarikat boleh menentukan sama ada masalah berpunca daripada:

  • kesalahan produksi Syarikat;

  • artwork/maklumat Pelanggan;

  • Final Approval;

  • material;

  • courier;

  • pihak ketiga;

  • penggunaan selepas penghantaran; atau

  • faktor lain.

16.3

Jika Syarikat bertanggungjawab terhadap kecacatan atau kesalahan tersebut, Syarikat akan menawarkan remedi yang sesuai berdasarkan keadaan.

Remedi boleh termasuk:

  • pembetulan;

  • reprint;

  • replacement;

  • kredit;

  • refund bagi bahagian yang berkaitan; atau

  • penyelesaian lain yang sesuai,

tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

16.4

Pelanggan hendaklah memberikan peluang dan tempoh munasabah kepada Syarikat untuk melaksanakan remedi yang sesuai.


17. PERMINTAAN PENYELESAIAN YANG TIDAK MUNASABAH

17.1

Permintaan terhadap:

  • refund;

  • reprint;

  • produk tambahan;

  • diskaun;

  • pampasan;

  • free item; atau

  • manfaat lain

tidak secara automatik menjadi kewajipan Syarikat hanya kerana ia diminta oleh Pelanggan.

17.2

Penyelesaian hendaklah mengambil kira:

  • jenis kegagalan;

  • bahagian yang terjejas;

  • tahap kecacatan;

  • kemampuan untuk membaiki/menggantikan;

  • kerugian sebenar yang berkaitan; dan

  • hak serta kewajipan kedua-dua pihak di bawah undang-undang Malaysia.

17.3

Jika Syarikat telah menawarkan remedi yang sesuai dan munasabah, penolakan Pelanggan terhadap remedi tersebut boleh direkodkan sebagai sebahagian daripada rekod penyelesaian pertikaian.


18. PARTIAL DEFECT

18.1

Kecacatan pada sebahagian produk tidak secara automatik bermaksud keseluruhan tempahan dianggap gagal.

18.2

Syarikat akan menentukan kuantiti atau bahagian sebenar yang terjejas berdasarkan pemeriksaan.

18.3

Jika kecacatan pada sebahagian produk menyebabkan keseluruhan tempahan secara munasabah tidak boleh digunakan untuk tujuan asalnya, keadaan tersebut akan dinilai berdasarkan fakta kes.


BAHAGIAN F — FREE ITEM & STOK

19. FREE ITEM

19.1

Free Item ialah bonus/promosi tambahan kecuali dinyatakan sebagai sebahagian daripada produk berbayar.

19.2

Free Item tertakluk kepada stok.

19.3

Jika stok tiada, Syarikat boleh menawarkan item alternatif apabila sesuai.

19.4

Free Item tidak mempunyai nilai tunai kecuali dinyatakan sebaliknya.

19.5

Isu berkaitan Free Item tidak secara automatik menghapuskan kewajipan pembayaran terhadap produk/perkhidmatan utama yang telah dibekalkan.


20. KEHABISAN STOK

20.1

Jika sesuatu item tidak tersedia, Syarikat boleh menawarkan:

  • penangguhan;

  • alternatif;

  • replacement;

  • kredit; atau

  • refund terhadap item yang tidak dapat dibekalkan,

bergantung kepada keadaan.

20.2

Perubahan material kepada order akan dimaklumkan kepada Pelanggan.


BAHAGIAN G — PENGHANTARAN

21. COURIER & DELIVERY

21.1

Syarikat boleh menggunakan courier atau penyedia logistik pihak ketiga.

21.2

Selepas barang diserahkan kepada courier, pergerakan penghantaran tertakluk kepada operasi penyedia tersebut.

21.3

Jika berlaku kehilangan, kerosakan atau kelewatan penghantaran, Syarikat boleh membantu menyediakan maklumat yang munasabah bagi proses tuntutan.

21.4

Tanggungjawab setiap pihak akan ditentukan berdasarkan punca masalah, kontrak penghantaran dan undang-undang yang terpakai.


BAHAGIAN H — SOFTCOPY & HAK CIPTA

22. HAK REKA BENTUK

22.1

Hak cipta terhadap reka bentuk asal yang dihasilkan oleh SR Creative Print adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987 dan keadaan penciptaan karya tersebut.

22.2

Pembelian produk bercetak tidak secara automatik bermaksud Pelanggan memperoleh:

  • editable file;

  • source file;

  • working file;

  • production file; atau

  • hak pemilikan terhadap keseluruhan intellectual property Syarikat.

22.3

Softcopy boleh diberikan mengikut pakej atau melalui Design Release Fee, lazimnya RM150–RM500 atau kadar yang dimaklumkan.

22.4

Fail boleh ditahan sehingga bayaran berkaitan diselesaikan.

22.5

Penggunaan, pengubahsuaian atau reproduksi karya yang hak ciptanya dimiliki Syarikat hendaklah mendapat kebenaran yang diperlukan.


BAHAGIAN I — PIHAK KETIGA

23. PELANGGAN UTAMA

23.1

Pelanggan Utama ialah pihak yang membuat atau mengesahkan tempahan dengan Syarikat.

23.2

Pasangan, ahli keluarga, saudara, rakan atau pihak lain tidak secara automatik mempunyai kuasa untuk mengubah tempahan.

23.3

Arahan pihak ketiga hanya boleh diterima apabila diberikan kuasa yang munasabah oleh Pelanggan Utama.

23.4

Jika terdapat arahan bercanggah, Syarikat boleh menangguhkan kerja sehingga mendapat pengesahan Pelanggan Utama.


BAHAGIAN J — REVIEW, ADUAN AWAM & KENYATAAN PALSU

24. PROSES ADUAN

24.1

Pelanggan digalakkan menggunakan saluran aduan rasmi Syarikat terlebih dahulu supaya Syarikat mempunyai peluang munasabah untuk:

menerima aduan → menyiasat → menentukan punca → menawarkan penyelesaian.

24.2

Syarikat akan berusaha menangani aduan berdasarkan bukti dan rekod transaksi.


25. REVIEW & KENYATAAN AWAM

25.1

Polisi ini tidak bertujuan menghalang Pelanggan daripada memberikan review yang sah atau menggunakan hak mereka untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa.

25.2

Walau bagaimanapun, Pelanggan bertanggungjawab terhadap kenyataan fakta yang diterbitkan olehnya.

25.3

Syarikat berhak mempertahankan reputasi dan kepentingannya terhadap perkara seperti:

  • kenyataan fakta yang palsu;

  • bukti yang dipalsukan atau dimanipulasi;

  • penyamaran;

  • tuduhan palsu;

  • ancaman yang menyalahi undang-undang; atau

  • tindakan lain yang memberi asas kepada remedi undang-undang.

25.4

Review negatif atau perbezaan pendapat tidak secara automatik dianggap sebagai fitnah.

25.5

Jika Pelanggan menerbitkan kenyataan bahawa Syarikat enggan membantu atau tidak menawarkan penyelesaian sedangkan rekod menunjukkan sebaliknya, Syarikat berhak memberikan penjelasan berdasarkan rekod transaksi dan mempertahankan haknya melalui saluran yang sah.


BAHAGIAN K — REKOD, BUKTI & NOTIS

26. REKOD TRANSAKSI

26.1

Syarikat boleh menyimpan rekod berkaitan transaksi termasuk:

  • quotation;

  • invoice;

  • WhatsApp;

  • order information;

  • pembayaran;

  • artwork;

  • design version;

  • revision;

  • Final Approval;

  • production record;

  • QC;

  • reprint;

  • delivery;

  • complaint;

  • remedy;

  • refund;

  • cancellation;

  • timestamp; dan

  • komunikasi berkaitan.

26.2

Rekod tersebut boleh digunakan bagi:

  • pentadbiran;

  • pembuktian arahan;

  • penyelesaian aduan;

  • tuntutan bayaran;

  • pertikaian; atau

  • prosiding yang dibenarkan undang-undang.


27. NOTIS RASMI

27.1

Notis boleh diberikan melalui:

  • WhatsApp;

  • e-mel;

  • sistem tempahan;

  • surat;

  • courier; atau

  • saluran komunikasi rasmi lain.

27.2

Timestamp, delivery status, read receipt dan rekod sistem boleh disimpan sebagai rekod penghantaran komunikasi.


BAHAGIAN L — BAYARAN TERTUNGGAK

28. BAYARAN BAGI KERJA YANG TELAH DILAKUKAN

28.1

Amaun yang sah bagi kerja atau perkhidmatan yang telah dilakukan hendaklah dijelaskan mengikut invois atau notis pembayaran.

28.2

Ini termasuk, apabila berkaitan, kerja design yang telah dilakukan berdasarkan arahan Pelanggan walaupun tempahan tidak sampai ke peringkat printing.

28.3

Syarikat boleh mengeluarkan:

Payment Reminder → Final Reminder → Letter/Notice of Demand

apabila sesuai.

28.4

Sekiranya pembayaran masih gagal dibuat, Syarikat berhak mempertimbangkan pemulihan hutang atau tuntutan sivil melalui saluran yang tersedia di bawah undang-undang Malaysia.

28.5

Kos undang-undang atau kos pemulihan hanya akan dituntut setakat yang dibenarkan oleh kontrak dan undang-undang atau diperintahkan oleh Mahkamah.


BAHAGIAN M — LIABILITI & UNDANG-UNDANG

29. HAD LIABILITI

29.1

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kerugian tidak langsung yang tidak mempunyai hubungan munasabah dengan kegagalan Syarikat.

29.2

Tiada bahagian polisi ini bertujuan mengecualikan hak atau liabiliti yang tidak boleh diketepikan di bawah undang-undang Malaysia.


30. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

30.1

Polisi ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

30.2

Pertikaian boleh dirujuk kepada Tribunal, Mahkamah atau forum lain yang mempunyai bidang kuasa menurut undang-undang.

30.3

Jika sesuatu klausa didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, klausa lain hendaklah terus berkuat kuasa setakat yang dibenarkan undang-undang.


31. KEUTAMAAN DOKUMEN

31.1

Polisi ini hendaklah dibaca bersama quotation, invois, order form, product specification dan komunikasi bertulis berkaitan tempahan.

31.2

Jika terdapat persetujuan khusus yang dibuat secara bertulis bagi sesuatu tempahan, persetujuan tersebut boleh digunakan dalam menentukan hak dan tanggungjawab bagi tempahan tersebut.

31.3

Rekod bertulis terkini yang dipersetujui kedua-dua pihak hendaklah diberi pertimbangan sewajarnya berbanding perbualan lisan yang tidak dapat dibuktikan.


32. PENGAKUAN PELANGGAN

Dengan:

  • membuat tempahan;

  • memberikan arahan CONFIRM / PROCEED;

  • meminta Syarikat memulakan kerja;

  • membuat pembayaran;

  • memberikan maklumat bagi penyediaan artwork;

  • meminta revision; atau

  • memberikan Final Approval,

Pelanggan mengakui arahan dan transaksi yang telah dibuat serta terma yang telah dimaklumkan berkaitan tempahan tersebut, tertakluk kepada undang-undang Malaysia.


33. HAK STATUTORI

Tiada bahagian dalam polisi ini bertujuan menafikan atau mengehadkan hak pengguna yang tidak boleh diketepikan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau mana-mana undang-undang Malaysia yang terpakai.


© 2025–2026 SR CREATIVE PRINT (TR0281501-M)

Dokumen, kandungan asal, reka bentuk dan bahan milik SR Creative Print adalah tertakluk kepada perlindungan undang-undang harta intelek Malaysia yang berkenaan.

SR CREATIVE PRINT
TR0281501-M

WhatsApp